Friday, June 18, 2010

kauorang

okay, ini yang aku fikirkan pagi ini. eh pagi? sudah tengahhari lah -.-'
ayat aku tak power. tak hebat mcm sasterawan kawan aku sorang tu.
tapi aku cuba. aku mahu sampaikan sesuatu.

kenapa ya semua anggap aku begini?
mana pergi kepercayaan kauorang terhadap aku?
aku dapat rasa. aku dapat rasa yang aku sudah tawar bagi kau.
aku sedih. sangat sedih.

aku rasa macam sudah hilang kauorang.
jujurnya, aku cemburu tengok gambar orang-orang yang penuh dengan memori cuti ni.
tapi mana memori kita?
kauorang lebih suka buat hal sendiri ya?

aku tak marah. cuma sedih.
rasa cemburu yang memaksa aku luahkan ini.
ya, patut aku yang mulakan untuk buat memori.
tapi aku rasa aku tak berkuasa dan selalu disisihkan ?

tidak mengapalah. nak berjumpa pun sudah terlambat.
nak masuk sekolah dah kan?
okay jumpa kauorang ya
harap tak ada lah antara kauorang yang tidak sedar cuti sudah berakhir.
haha

kalian, aku tak tahu nak buat kauorang percaya yang aku sayang kauorang.
ya, memang aku ada buat silap. tapi kauorang tidak membenci aku kan?

No comments:

Post a Comment