Thursday, January 6, 2011

dimana matahari bersantai?

Sejuk gila cuaca tahu tak! Tengok kawan2 beli air mineral sejuk then air meleleh leleh dkt luar botol pun dah meremang bulu. Dah dua hari selsema ni. Nampaknya antibody saya lemah kalau cuaca berubah rubah secara mendadak ni. Dalam kelas siap duduk bawah kipas mamang tak menggigil pulak kan. Next time pergi sekolah bawak selimut terus!

Makan pun tak seronoklah. Tak boleh kunyah lama2 nnt lemas pulak sbb hidung dah sumbat so kena nafas di mulut sajalah.

Saya ni rajin makan ubat so jangan risaulah. Mesti saya cepat sembuh:)

Saya bukan merungut dan tidak bersyukur. Ini kan bencana alam. Bila panas, mahu hujan ataupun redup. Bila cuaca dah sejuk mcm di utara sana, minta-minta untuk matahari. Tu ungrateful namanya. Karang datang puting beliung or tsunami baru susah. Kita ni takdalah teruk mana. Alah, kita kan kuat. Jangan malas-malas. Jangan biarkan keadaan ini mengahalang kita dari membuat sesuatu. :D
Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments:

Post a Comment