Thursday, February 17, 2011

bak kata cik najwa 2011 seperti di medan peperangan

Depan orang kau gelak nombor satu besar. Suka sangat ya. Macam takda masalah je perempuan ni. Tapi bila balik rumah atau bila duduk sorang-sorang hati mulalah terkilan sebab otak automatic fikir perkara yang sangat tak menyeronokkan. Fikirkan apa kau tahu? Bukan fikir kena cerai talak tiga tapi fikir kenapa hidup aku ni sepi semacam. Nak kata kena tinggal teman lelaki, mmg dah lama dsingle cuma tak available je. Ah malaslah nak sebut lagi pasal ni. Bikin dahi kerut saja. Aku cuma harapkan aku kuat tanpa kau.

Bukan aku nak lupa kau terus, cuma nak hilangkan stress aku ni. Senang ilmu masuk. Takdalah aku termenung macam monyet rindukan bulan. Entah betul ke tidak peribahasa aku tu.
Aku tidak pernah fikirkan kau yang buruk-buruk. Yelah walaupun persoalan aku tidak pernah kau jawab. Tp aku tahu dan ingat satu perkara, aku juga percaya perkara ini. Perkara ini selalu kau bagitahu aku dulu. So hasil perkenalan kita yang panjang, kau dapat kepercayaan aku (walaupun kau sendiri ragu2). Aku berpegang kepada apa yang aku percaya bagi menguatkan lagi diri aku untuk terus berjuang bak kata najwa, 2011 bagai di medan perang. Okay terima kasih blog kerana memberi aku kesempatan.
Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments:

Post a Comment