Monday, April 18, 2011

Aku pegang kata kata kau. Kata kata yang kuatkan aku setiap kali aku tak mampu bertahan. Kata kata yang buat aku bangun bila aku rebah. Maafkan aku jika aku tidak mampu memandang wajah kau, itu tanda aku sgt lemah untuk terus hadapi tanpa kau.
Kata kata kau yang bermakna, ini hanya sementara. Aku dan kau berpura pura seperti tiada apa diantara kita. Tiada apa yang indah kita pernah lalui. Tiada apa. Bila matlamat kita sudah capai, kembalilah kita.
Aku simpan tempat untuk kau sayang. Aku tidak benarkan sesiapa mengganti tempat kau. Aku simpan tempat ini hanya untuk kau
- 6.50pm & masih berada disekolah
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, April 16, 2011

Bila aku berlalu tinggalkan kau, aku toleh belakang. Kau tak beralih dari tmpt kau. Aku teruskan tujuan aku, dan toleh ke belakang lagi. Tiga kali aku ulang perkara yang sama. Kau tak kejar-kejar aku juga.
Oh rupanya aku baru sedar, aku lupa yang kau telah tinggalkan aku awal-awal lagi.

Harini aku berterus terang. Sebab aku berpeluang. Kau bagi aku peluang dan betul-betul dengar aku bersuara. Perkara ni sangat kecil. Tp paling besar untuk aku.
'Mimpi aku mlm td realisasikan harapan aku' -hanya sesetengah orang yang faham
U, tq sebab mendengar dan menaikkan semangat i masa u menegur i ptg td. U buat i tersenyum walaupun sekejap.

Sbnrnya kan u, ptg td i tak main softball tp i warm up baling and tangkap bola shja. Ini sbb i nmpk u keluar masuk sekolah dari padang. After that i terus nk cari u dalam sekolah. I main softball pun dah jadi 'tah pape',buat apa lagi i main. So i pun pergi cari u dalam sekolah :)


Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, April 14, 2011

U, i rindu u. Ajar i nak jadi kuat mcm u boleh?
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, April 13, 2011

Let the rain wash away all the pain of yesterday.
Baguslah, hari-hari hujan. Aku selamat.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, April 11, 2011

1.25 pg isnin.

Pejam mata, nampak kau
Pejam mata, nampak kau
Pejam mata, nampak kau
Kau je yang aku nampak. Celaka, fikiran kotor.

Waktu : 1.25 pg, ahad. I mean isnin.
And aku tak boleh tidur lagi walaupun dah hampir 40 minit berbaring. Mungkin aku takut mcm mana pula kau layan aku esok. Aku doa, angin kau baik dan layan aku baik-baik atau lebih bagus, sepertimana aku inginkan.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, April 6, 2011

oh saya nak bgtahu ni. kadang kadang antara tajuk post and isi post saya tiada kena mengena. contohnya post bawah ni :B

rindusamalu

hari-hari stay sampai pukul 6.30 ptg memang seronok cerita dia. ini semua gara-gara softball tapi saya suka main softball :D saya ni berbeza antara kawan-kawan saya. kalau antara tidur dan bersukan, saya pilih bersukan. hehe. kawan-kawan saya yang lain tu dah sah sah pilih tidur !
oh and, saya telah dipilih pemain softball sekolah kehkeh mestilah seronok. dah belajar skill2, tang tang tak dapat memang kecewa so saya bersyukur dipilih. main takdalah hebat mana tapi nak menang tu teringinlah jugak so kenalah practise sampai hebat ya dak?

semalam hari lahir seorang daripada kekasih kekasih saya. kasi prank sama lu memang kau kau hahaha lawak betul-lah. baran kau ni tahap gajah ! habis semua kau sembur dekat aku tp dont worry aku ni kan penyabar khrkhrkhr
SELAMAT HARI JADI !

okay saya kena basuh baju sukan nak pakai esok, nak cari bahan ulbs ! gila baru teringat and nak buat homework
okay bye