Thursday, April 21, 2011

berdosakah?

Aku tahu tipis peluang untuk kau hidup. Kaki kau sudah banyak hilang darah. Aku tidak tahu apa menimpa kau. Maafkan aku anak kucing.
Kalaulah abah sanggup hantar kau ke klinik haiwan secepatnya, tentu kau sedang dirawat sekarang dan aku yakin kau selamat. Tapi abah tidak mahu mengambil risiko kereta berbau darah dan kos untuk rawatan kau. Abah kata, kita biar sajalah dia disana sarah, sudah terlambat. Abah tidak berjaya mempengaruhi aku untuk menunggu saja saat saat akhir kau. Selepas beberapa minit, haris pulang, abang aku. Tak sangka dia sanggup bantu aku untuk bawa kau ke klinik. Sebaik saja sampai, kau sudah tidak bernafas. Pekerja klinik haiwan perasan wajah kecewa aku. Memang aku kecewa. Maafkan aku.
Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments:

Post a Comment